3.2.1 Ciri-ciri kelebihan dan kelemahan sistem pendawaian

August 20, 2010 at 6:33 pm

Berikut merupakan ciri-ciri kelebihan dan kelemahan jenis-jenis sistem;

a) Sistem permukaan
i) Bekalan voltan jenis 1 fasa tunggal
ii) Bangunan diperbuat daripada kayu atau batu.
iii) Kos perbelanjaan murah.
iv) Bilangan kabel atau litar akhir yang perlu dipasang adalah sedikit.
v) Kerosakan mekanikan kemungkinan berlaku amat kurang.
vi) Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian.
vii) Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.

iii) Sistem tersembunyi

i) Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atau simen
ii) Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik
iii) Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.
iv) Bilangan kabel yang perlu dipasang adalah banyak.
v) Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama.
vi) Kadar kuasa beban yang dipasang adalah kecil.
vii) Bekalan voltan jenis 1 fasa

iv) Sistem penyokong katenari

i. Pendawaian di pusat atau kandang ternakan.
ii. Penyambungan kabel bekalan di antara dua bangunan.
iii. Kawasan luar bangunan yang mempunyai halangan.

v) Sistem konduit

i. Sekiranya punca kerosakan mekanikal pada sesuatu bangunan terlalu banyak.
ii. Memerlukan satu sistem pembumian yang baik.
iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.
iv. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
v. Kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar.

vi) Sistem sesalur

i. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
ii. Bangunan besar dan bertingkat
iii. Memerlukan pemasangan kabel yang banyak.
iv. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.
v. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.
vi. Memerlukan keselamatan ke atas kabel atau penguna yang lebih.

vii) Sistem salur

i. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa.
ii. Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak.
iii. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.
iv. Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada masa akan datang.
v. Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris.
vi. Memerlukan kekemasan dan kecantikan.
vii. Memerlukan perlindungan yang lebih.

viii) Sistem kabel penebatan mineral pelapik kuprum

i. Suhu sekeliling terlalu panas.
ii. Kawasan berminyak.
iii. Tindakan kesan kimia.
iv. Kawasan yang mudah terbakar.

ix) Sistem kabel penebatan kertas pelapik plumbum

i. Untuk pemasangan di dalam tanah.
ii. Untuk beban yang mengalir arus tinggi.
iii. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.